Ayam Korma Gaya Hameed

Ayam Korma merupakan menu wajib yang dihidangkan setiap kali perayaan di Pakistan. Berlainan dengan korma Malaysia yang kuning-kuning kepekatan, korma Pakistan hasil masakan Hameed lebih ringan dan berwarna merah terang, dengan aroma tersendiri yang datang daripada bahan rahsia – air kewra.

Bahan-bahan:

Ayam potong, bawang merah, yogurt, bawang putih, halia, air kewra, minyak, garam, limau nipis, roti naan.

Rempah-ratus: Buah pelaga hijau dan bunga cengkih.

Rempah korma masala: biji ketumbar, kulit kayu manis, jintan manis, buah pelaga hijau, hitam dan putih, bunga cengkih, jintan putih, buah pala, selaput biji pala, cili kering, daun salam, serbuk kunyit, lada hitam.

Cara-cara:

  1. Untuk menyediakan rempah korma masala, sangai semua rempah yang disenaraikan. Biarkan sejuk kemudian kisarkan sehingga menjadi serbuk.
  2. Potong bawang merah nipis-nipis dan goreng hingga garing. Toskan di atas kertas mentega dan taburkan sedikit garam supaya kering dan rangup. Masukkan bersama yogurt di dalam pengisar dan kisar bersama. Asingkan.
  3. Dalam periuk, tumis halia, bawang putih, rempah-ratus dan ayam potong.
  4. Masukkan rempah korma masala dan garam.
  5. Apabila hampir masak, masukkan yogurt dan bawang goreng yang telah dikisar tadi, kemudian biarkan di atas api untuk seketika.
  6. Letakkan setitik air kewra. Elakkan daripada melebihi dua titik kerana aromanya yang semerbak akan menelenggami rasa-rasa yang sedia ada.
  7. Apabila pecah minyak, hidangan korma ini sedia untuk diangkat.
  8. Hiaskan dengan hirisan limau nipis dan sajikan bersama roti naan.

Kongsi resepi ini