Kaldu kokot merupakan hidangan khas dari Madura, Indonesia, yang berunsurkan sup kaki lembu panas, dituang ke atas pelbagai jenis bahan makanan. Di Madura, ia biasanya dihidang semasa musim perayaan.
Bahan-bahan:
Kaki lembu, daging lembu dipotong nipis (mana-mana bahagian), kacang hijau, kobis, lontong, sohun biru, cili merah, garam, perencah Cukup Rasa.
Untuk bumbu sup: Bawang putih, bawang merah, halia, minyak masak, buah keras.
Cara-cara:
- Kisarkan bahan-bahan untuk bumbu sup sehingga menjadi pes. Bumbu sup ini juga boleh disediakan dengan banyak dan digunakan sebagai bahan asas untuk aneka sup dan stok.
- Nyalakan api dapur atau unggun dan bakarkan kaki lembu untuk membuang bulu-bulunya, kemudian kikis kulit yang hangus.
- Siat kulit dan urat dari tulang lembu kemudian potong kecil-kecil supaya senang dimakan.
- Rebus hasil potongan selama kira-kira sejam, untuk membuang kotoran.
- Buang air rebusan, kemudian rebus sekali lagi untuk tiga jam, atau sehingga lembut.
- Setelah empuk, masukkan bumbu sup.
- Sementara sup direneh, agihkan lontong, sohun, tauge, kacang hijau rebus dan hirisan kobis ke dalam mangkuk.
- Tuang sup panas ke atas bahan-bahan.
- Hias dengan bawang goreng serta daun ketumbar, dan hidang.