Nom Banh Chok Gaya Liza

Nom Banh Chok merupakan hidangan mi yang tidak asing di Kemboja, memiliki persamaan yang besar dengan Laksa Malaysia. Liza menggelarnya “makanan Kemboja nombor satu”.

Bahan-bahan:

Bihun, kobis, timun, daun kesum, petai duri.

Untuk kuah: Ikan Tilapia, serai, santan, serbuk kunyit, prahok (pes ikan masin), sos ikan, bawang putih, cili merah, garam, gula.

Cara-cara:

  1. Celur bihun dalam air yang mendidih hingga lembut. Toskan dan biarkan sejuk.
  2. Hiris kobis, timun, petai duri dan daun kesum nipis-nipis. Asingkan.
  1. Rebus ikan hingga masak kemudian ketepikan tulang dah hanya ambil isi ikan rebus. Simpan juga air rebusan ikan.
  2. Tumbuk serai, bawang putih dan kunyit sehingga menjadi pes.
  3. Masukkan ikan rebus dan santan dan gaulkan hingga sebati.
  1. Masukkan kembali pes ke dalam air rebusan ikan dan reneh.
  2. Perisakan dengan sos ikan, prahok (pes ikan masin), garam, gula dan cili merah secukup rasa.
  3. Dalam mangkuk, atur ulam-ulaman yang telah dihiris bersama bihun. Tuang kuah semasa masih panas dan hidang.

Kongsi resepi ini