Shan Ju Gaya James

Shan Ju dalam Bahasa Kachin bermaksud “daging panggang”, dan merujuk kepada cara orang etnik Kachin dari utara Myanmar memanggang daging hasil buruan – dicucuk, dan diperap dengan bermacam-macam jenis daun herba. Sedap dimakan sejurus dipanggang!

Bahan-bahan:

Daging lembu (tanpa lemak), ketumbar jawa, minyak bijan, halia, bawang putih, cili, daun selasih, lada Sichuan, daun kesum, ketumbar, garam.

Cara-cara:

  1. Potong daging berbentuk dadu kecil.
  1. Tumbuk daun-daun herba menjadi pes, dan gaul bersama daging. Perap untuk beberapa minit (atau lebih lama untuk rasa yang lebih lazat)
  2. Cucuk daging pada lidi dan panggang kedua-dua belah bahagian di atas arang selama 2-3 minit, atau sehingga masak. Jangan terlebih masak.

    Kongsi resepi ini